يَسۡـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ‌ۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ فَلِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۗ وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ۬


Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orang tua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang kamu lakukan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

 (Surah Al-Baqarah: 215)


FAKIR MISKIN SEMAKIN MISKIN  

Tahukah anda, kadar kemiskinan negara kita telah meningkat sehingga 8.4% akibat daripada pandemik yang berpanjangan ini. Begitu juga dengan negara-negara lain menerima dugaan ini dan yang paling terkesan adalah golongan asnaf, fakir dan miskin.


.


Kami Yayasan Amirul Ummah telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang terkesan khususnya di negara Malaysia, Sri Lanka, Mindanao (Filipina) dan Indonesia . Wakil-wakil kami telah bergerak aktif di kesemua negara ini bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan orang ramai.



Mereka merupakan saudara seISLAM kita yang berada dalam keadaan dhaif dan miskin. Ada juga daripada mereka yang dipinggirkan oleh pemerintah dan hanya hidup menumpang ihsan orang ramai.

Nabi Muhammad SAW bersabda,


"Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara jirannya kelaparan "
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
.

Apakah jawapan kita dihadapan Allah SWT jika ditanya nanti, di saat kita senang lenang, makan siang dan malam tetapi membiarkan saudara kita kelaparan dan hidup melarat?

.

Alangkah beruntungnya mereka yang mampu menjawab soalan daripada Allah SWT pada hari pembalasan nanti. Semoga kita semua termasuk dalam golongan-golongan ini.
Amiiin ya rabbal 'alamin .



ALHAMDULILLAH... SUMBANGAN TUAN/PUAN PADA TAHUN 2022  YAYASAN AMIRUL UMMAH TELAH SALURKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN..


JUMLAH SUMBANGAN DITERIMA = RM94,192.65
JUMLAH YANG DIBELANJAKAN = RM83,765.39
JUMLAH KELUARGA YANG DIBANTU = 1675 KELUARGA

Berikut disertakan sebahagian gambar AKTIVITI yang dijalankan  sepanjang 2022 :


Sumbangan Bakul Makanan & Kerusi Roda untuk Asnaf di Setiu, Terengganu



Agihan Sumbangan Foodbank ke Sekolah


Pemberian Foodbank kepada Anak Yatim


Sumbangan Banjir Disember 2022



8000 KELUARGA PERLU DIBANTU  

Marilah bersama-sama kita membantu dan mengembirakan hati perasan mereka dengan menyumbang seikhlas hati. Kami sedang menyiapkan bakul makanan untuk 2000 buah keluarga bagi setiap negara. Jumlah keseluruhan adalah 8000 buah keluarga.

.

Antara kandungan dalam bakul makanan tersebut ad alah :

1. Beras
2. Minyak
3. Telur
4. Roti 
5. Gula
6. Garam
7. Barang kelengkapan harian

Setiap satu bakul makanan berharga RM100, dan kami mensasarkan kutipan sebanyak RM200,000 bagi tiap-tiap negara.

1 Bakul = RM100
2000 Bakul (1 negara) = RM200,000
4 Negara = RM800,000 

*** 8000 keluarga bakal mendapat manfaat

Bakul makanan ini akan diedarkan kepada golongan sasar  melalui wakil Yayasan Amirul Ummah di Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, dan Filipina . Pihak  masyarakat setempat juga memberi kerjasama yang baik  kepada kami dalam menguruskan bantuan yang disumbangkan oleh orang ramai.


Tidak ada kata-kata yang dapat kami ucapkan selain daripada doa kebaikan dan kesejahteraan hidup kepada para penyumbang yang dermawan dan baik hati. Semoga Allah membalas jasa tuan/puan dengan memurahkan rezeki, menganugerahkan kesihatan dan memberkati hidup tuan/puan . Terima Kasih.


Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.

Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos   pengurusan.

 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi    +6017316 3106   (USTAZ KAMAL)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Taja 5 Keluarga : RM500
Taja 3 Keluarga : RM300
Taja 1 Keluarga : RM100
Pakej Kongsi 1 : RM50
Pakej Kongsi 2 : RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Yayasan Ammirul Ummah - 200101009911 (545667-X)
payment@yayasanammirulummah.com
+60173163106
Hubungi kami