BANTUAN DANA BAIK PULIH 5 MASJID USANG & ROSAK AKIBAT BENCANA


 MASJID DHAIF DAN ROSAK AKIBAT BENCANA ALAM: 
Jemaah setempat tiada masjid yang selesa



 KAWASAN PEDALAMAN SUKAR DAPAT BANTUAN: 
Pusat Pengajian Islam tertangguh & kekurangan dana baik pulih


Pada awal Februari 2021, Yayasan Ammirul Ummah telah melawat beberapa buah masjid di negara jiran, Indonesia. Sebanyak 5  buah masjid yang dalam keadaan dhaif dan rosak. Masjid-masjid ini berada dalam kawasan pedalaman dan  sukar mendapat bantuan .
.
Ada juga beberapa buah masjid yang rosak & musnah akibat bencana gempa yang melanda pada tahun 2018. Sehingga ke hari ini proses pembinaan tidak dapat disiapkan kerana kekangan dana.



Masjid-masjid ini juga dijadikan  sebagai pusat pengajian  ilmu agama  bagi masyarakat sekitar. Dengan fasiliti dan kemudahan yang lagi baik pasti ilmu agama akan  berkembang dengan lebih baik.

 ANTARA MASJID-MASJID YANG TERKESAN:- 


Berikut adalah gambar-masjid-masjid yang terkesan akibat bencana di Indonesia.

INILAH KEADAAN SEBENAR MASJID-MASJID YANG TERKESAN



(Masjid Al Faruq, Lombok)



  (Masjid Miftahul Jannah, Palu Donggala)


(Masjid Miftahussudur, Manggarai)


(Masjid Al Muqoramah yang berada di tengah l aut)


(Masjid Nurul Mujahidin, Lombok )

 APA YANG ANDA MAMPU BANTU? 
 
Mereka juga teringin sujud di atas karpet lembut, berlantaikan marmar dan berdindingkan batu bata yang lagi kukuh dan selamat.  Cukup sekadar RM30, lebih  4000  saudara kita akan mampu bersujud kepada pencipta dalam keadaan yang baik dan selesa. 
.
Tiada kata yang mampu diucapkan saudara kita di sana, melainkan kata-kata syukur kepada Ilahi apabila mereka mampu menunaikan  tanggungjawab sebagai hamba-Nya dalam keadaan yang selesa seperti mana kita di sini.

 KEADAAN MASJID TERKINI 

Sebelum ini, pihak Yayasan Ammirul Ummah berusaha membantu 12 buah masjid di Indonesia. Kini, hanya 5 buah masjid sahaja berbaki yang memerlukan sumbangan dana.



Alhamdulillah... Berkat sumbangan Tuan/Puan 7 daripada 12 masjid yang dibantu  telah berjaya disiapkan sepenuhnya.. Salah satu daripadanya adalah Masjid Darul Ibtida :

MASJID DARUL IBTIDA (100% Siap)

KEADAAN SEBELUM : 24 FEBRUARI 2021

PROGRESS : 16 JUN 2021

TERKINI : FEBRUARI 2022


Gambar terkini Masjid Darul Ibtida


Berikut adalah video 2 daripada 5 buah Masjid yang masih dalam proses pembinaan/pembaikan : 

UPDATE TERKINI MASJID NURUL MUJAHIDIN (70% Siap)


UPDATE TERKINI MASJID MIFTAHUSSUDUR (55% Siap)





"SUMBANGAN KITA, SENYUMAN MEREKA"

Tidak akan rugi orang yang menyumbang ke arah jalan-jalan Allah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu  pengetahuan-Nya."

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.

Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos  pengurusan.

 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi  +6017316 3106  (USTAZ KAMAL)




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Sumbangan Masjid : Pakej Abu Bakar (RM500)
Sumbangan Masjid : Pakej Umar al-Khatab (RM300)
Sumbangan Masjid : Pakej Uthman ibn Affan (RM100)
Sumbangan Masjid : Pakej Ali bin Abi Talib (RM50)
Sumbangan Masjid : Pakej Ihsan (RM10)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN


Maklumat Organisasi

Yayasan Ammirul Ummah - 200101009911 (545667-X)
payment@yayasanammirulummah.com
+60173163106

Hubungi kami