Al-Quran untuk Ummah (100,000 Al-Quran untuk Indonesia)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda: "Apabila anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: Sedekah yang berlaku terus menerus, ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia." (Hadis Riwayat Muslim)
.
Kita mungkin tak mampu nak hafal 30 Juz Quran. Tapi kita mampu beri RM30 untuk wakaf Quran kepada pelajar tahfiz yang hafal 30 Juz. Bayangkan sebuah Quran yang kita wakafkan, seorang pelajar Tahfiz membacanya berulang-ulang kali, tanpa henti. Yang menariknya, kita cuma buat berwakaf sekali namun manfaatnya berpanjangan. Betapa mudahnya kita boleh kumpul saham akhirat melalui wakaf.
.
Kerana itu, Yayasan Ammirul Ummah dengan kerjasama IMBNet dan AFMY(Asian Muslim Youth Federation) telah melancarkan Program Wakaf Al-Quran untuk membuka peluang kepada seluruh umat Islam bersama-sama memberi bantuan kepada pusat-pusat tahfiz atau golongan yang memerlukan dan berwakaf atas nama orang tersayang yang telah pergi, masih hidup atau buat diri sendiri.
.
.
Pada program yang lepas kami telah menghantar Al-Quran ke Indonesia kepada golongan yang memerlukan, namun, permintaan terhadap Al-Quran amat tinggi, masih ramai lagi yang memerlukan Al-Quran.
3 Langkah Bagaimana Program Al-Quran Ini Dijalankan
- Anda menyumbang mengikut pakej atau bahagian wakaf yang disediakan.
- Wang tersebut akan digunakan oleh Organisasi kami untuk membeli Quran baru.
- Kemudian, kami sebagai wakil penyumbang (anda) akan hantar dan agihkan naskahAl-Quran tersebut kepada penerima yang layak.
*sumbangan anda termasuk bagi menampung kos pelaksanaan kempen ini
“Siapa yang bakal terima Al Quran ini?”
- Madrasah dan pondok-pondok tahfiz.
- Sekolah-sekolah.
- Surau dan masjid.
Berapa yang anda boleh sumbangkan untuk kempen wakaf Al-Quran ini?
Tuan/Puan boleh menyumbang mengikut pakej yang kami sediakan di bawah :
Pakej A - RM300
Pakej B - RM100
Pakej C - RM50
Pakej D(atau Wakaf PerQuran) - RM30
Pakej E - RM10
Yang bestnya, kita bukan saja dapat berbakti kepada roh orang tua yang telah pergi, tetapi kita juga dapat bahagiakan anak-anak muslim kita yang lain bila terima Quran baru.
.
Kita hanya berwakaf sekali, namun pahala mengalir masuk dalam akaun akhirat selamanya. Setiap ayat Quran yang dibaca hasil dari sumbangan kita, orang yang kita wakafkan dan diri kita juga turut terima ganjarannya.
Jadi, matlamat Yayasan Ammirul Ummah adalah menyumbang 100,000 Quran.
Jom sama-sama kita jayakan Program Wakaf Quran dengan berwakaf demi orang tersayang.
.
Kami doakan rezeki para penyumbang makin diberkati dan mudah-mudahan Allah terima amal ibadah kita semua. Amin YRA.
Penafian:
Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BILLPLZ SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
Pembayaran termasuk RM1.50 caj payment gateway BillPlz.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pemasaran semasa.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi +60 13-986 3106 (USTAZ KAMAL)